Program Bantu Pesakit Sihat Yayasan Ikhlas

Dengan usahasama Jabatan Kerja Sosial Perubatan di hospital-hospital terpilih.

Pengenalan Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan untuk meringankan kesusahan dikalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, faqir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka dan untuk memberi suatu biasisiwa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia. Ianya juga bertujuan untuk memelihara dan memajukan kebudayaan dan taraf hidup sosial orang-orang Melayu dan Islam.

Dato' Haji Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak
Dr Mohd Khairol Jambli
Ketua Unit Kesihatan UiTM Kuching
Prof Dr Sharifah Sulaiha

Pakar Obstetrik & Ginekologi

Dr Murizah Mohd Zain

Pakar Obstetrik & Ginekologi

Inisiatif Bantu Pesakit Sihat

Inisiatif projek ini adalah untuk membantu pesakit-pesakit daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan yang memerlukan peralatan perubatan dengan kos yang tinggi yang mencecah ratusan malahan ribuan ringgit.

Play Video
Jenis Bantuan Yang Diberikan

Dengan anggaran sumbangan RM5 juta, Yayasan Ikhlas akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pesakit-pesakit dari golongan B40 yang memerlukan, hasil keprihatinan orang ramai.

Hasrat Yayasan Ikhlas

Ringankan Beban

Memberi keringanan beban serta keceriaan buat pesakit sama ada individu mahupun keluarga yang kurang bernasib baik.

Wujudkan Sikap Positif

Menyuntik semangat buat para pesakit yang menerima sumbangan untuk terus positif dalam menjalani rawatan

Peluang Untuk Semua

Memberikan peluang kepada badan korporat serta orang awam untuk turut serta membantu mereka yang memerlukan.

RM 663,668.08

Nilai agihan sepanjang projek Bantu Pesakit Sihat mula dijalankan sejak tahun 2020.

2020
RM 0
4 Pesakit
2021
RM 0
85 Pesakit
2022
RM 0
96 Pesakit
Pesakit-Pesakit Yang Telah Menerima Bantuan
Muhammad Aisy Miqael bin Abdul Muhaimin

Adik Aisy yang berusia 5 tahun adalah penghidap penyakit Treacher Collins Syndrome sejak lahir. Ayahnya hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji kurang RM2000 dan mempunyai 2 orang tanggungan lain. Perbelanjaan untuk rawatan adik Aisy memakan sebanyak RM800 sebulan, tidak mampu ditampung dengan pendapatan ayah sekarang. Yayasan Ikhlas telah membantu adik Aisy dengan memberi kerusi roda untuk memudahkan pergerakan hariannya.

Nabil Najmi bin Zainal Abidin

Nabil Najmi didiagnos dengan Cerebral Palsy sejak 24 tahun lalu,  akibat lemas dalam perut semasa dilahirkan. Nabil terpaksa menanggung sindrom ini seumur hidup kerana ia kecacatan otak kekal. Ayahnya seorang pesara PDRM dengan pencen RM1,600 dan mempunyai 3 orang tanggungan, terpaksa menampung kos perubatan Nabil Najmi sebanyak RM500 sebulan. Yayasan Ikhlas telah membantu menampung kos perubatan tersebut untuk meringankan beban keluarga Nabil Najmi.

Syahkiela Binti Ab Halim

Adik Syakiela juga seorang penghidap Cerebral Palsy sejak berumur setahun, akibat demam panas. Kos perbelanjaan perubatan memakan kos sebanyak RM600 sebulan. Pendapatan ayah yang berniaga sate secara kecil-kecilan dengan purata pendapatan RM 1,200 sebulan. Yayasan Ikhlas menyalurkan sumbangan kerusi roda yang mempunyai sistem khas bagi mengurangkan sakit dan memudahkan pergerakan pesakit.

Mari bersama menjayakan Program Bantu Pesakit Sihat

Mereka memerlukan sumbangan anda

Copyrights © 2022 Bantu Pesakit Sihat | Yayasan Ikhlas | All rights reserved.

×

Cart