Petugas barisan hadapan atau frontliner adalah orang yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan wabak Covid19. Mereka sanggup mengambil risiko berdepan dengan sesuatu yang cukup asing, yang tidak pernah mereka tangani sebelum ini. Saban hari kes semakin meningkat, namun mereka tetap teguh untuk menjaga kita semua walaupun nyawa mereka menjadi taruhan. Ayuh bantu wira negara kita dengan menghulurkan sumbangan sebagai tanda kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Yayasan Ikhlas
Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka dan untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja penyelidikan di Malaysia. Ianya juga bertujuan untuk memelihara dan memajukan kebudayaan dan taraf hidup sosial orang-orang Melayu dan Islam.
Pada tahun 2017, Yayasan Ikhlas telah memainkan peranan penting di Malaysia dan Asia Tenggara, dalam pembangunan pendidikan, kebajikan dan perpaduan negara amnya. Dengan 14 projek kebajikan dan 13 produk Yayasan Ikhlas, seramai 18,788 orang dan keluarga telah menerima manfaat sepanjang 2017.
- Kempen ini adalah bertujuan untuk menyumbang kelengkapan peralatan yang diperlukan oleh setiap frontliner yang bertugas.
- Yayasan Ikhlas berhasrat untuk menyumbang kelengkapan ini kepada frontliner sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan bagi menangani penularan wabak covid-19.
Ini adalah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan semasa bertugas, termasuklah:
Rasulullah SAW bersabda:
Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain, sedangkan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada diri seorang muslim atau engkau menghilangkan kesulitannya atau engkau melunasi hutangnya atau membebaskannya daripada kelaparan.
– [HR Tobari 13646].
Apalah sangat kalau nak dibandingkan sumbangan kita dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh wira-wira kita dalam menangani wabak covid ini. Tapi sekurang-kurangnya, dengan sedikit sumbangan yang telah diberikan dapat memberikan keceriaan di wajah mereka, terasa pengorbanan mereka terbalas.
Mereka terpaksa mengenakan pakaian serta peralatan pelindung diri (PPE) tidak kira dalam apa jua keadaan. Mereka juga sanggup berjauhan daripada keluarga demi berjuang untuk negara. Ada yang tidak dapat berjumpa dengan keluarga dan anak-anak kerana tuntutan kerja. Oleh itu, marilah kita berkorban sedikit wang untuk menyumbang kepada Tabung Wira Covid.
Dengan wang yang disumbangkan, Yayasan Ikhlas akan menyalurkan pelbagai jenis kelengkapan peralatan yang diperlukan oleh wira-wira kita untuk kemudahan mereka semasa bertugas. Antara jenis bantuan peralatan yang dberikan ialah:
PASUKAN PENGGERAK
Pengurus Operasi
Pengurus Projek
Pegawai Operasi
Sumbangan
Setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan, insya-Allah.
Salurkan sumbangan ke YAYASAN IKHLAS
melalui akaun:
YAYASAN IKHLAS
No. Akaun:
5628 3463 6235
(Setiap sumbangan layak menerima resit pengecualian cukai)