Misi kami sebagai sebuah organisasi pemegang amanah adalah untuk memikul tanggung jawab membela umat berpaksikan agama, bangsa dan negara, disamping visi kami ke arah menjadi sebuah batu loncatan yang menyediakan perkhidmatan tanpa batas dan efisien menjelang tahun 2030 di peringkat antarabangsa.
Oleh itu, Yayasan Ikhlas menggariskan beberapa objektif bagi merealisasikan misi dan visi ini, iaitu berdasarkan kepada 3 keutamaan:
- Menaik taraf kualiti hidup golongan fakir dan miskin
- Meningkatkan taraf pendidikan anak-anak yang keciciran pelajaran
- Membantu mangsa yang terkesan oleh bencana alam (banjir, tanah runtuh, gempa bumi, dsbg)