Terkedu apabila dapat tahu umurnya sudah 21 tahun! Kerana berat badannya hanya 10kg sebesar budak 3 tahun.
UJIAN BERAT ketika Hafizzudin berumur 12 tahun dia jatuh tangga akibat ditolak rakan berlari ke kantin. Akibatnya dia mula tidak dapat berjalan dan sehingga tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.
Tulangnya juga sangat rapuh sehingga mudah patah! Sudah lebih 6 kali tulang seluruh badannya patah.
Pergelangan tangannya patah dan lebih malang lagi tidak dapat disimen kerana berat simen akan menyebabkan kecederaan lebih parah.
Kemiskinan memaksa Hafiz berhenti menjalani fisioterapi dan kini dia sepertinya sudah menerima keadaan dirinya.
Lihatlah Hafiz menggunakan selimut lusuh yang ditinggalkan oleh arwah ibunya yang meninggal 3 tahun lepas.
En Ismail (Bapa) seorang pesara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kini menjaga anaknya sepenuh masa dan hanya mengharapkan ehsan untuk meneruskan hidup.
En Ismail TAK MAMPU tanggung kos RM800 sebulan bagi membeli lampin pakai buang, susu khas untuk Hafiz.
Ada kalanya ketika susu habis di pertengahan bulan, dia terpaksa meminjam dahulu, Hafiz tidak dapat bertahan hidup jika tidak minum susu kerana itu sumber gizi terbesarnya.
Hafiz kini sudah lebih 5 tahun tidak mendapatkan rawatan di hospital dan keadaan tahap kesihatanya mungkin akan meragut nyawa.
Ayuh tuan puan,kita sama-sama menyumbang untuk ringankan beban Hafiz supaya dapat membuat rawatan segera di hospital.
Yayasan Ikhlas melalui Bantu Pesakit Sihat akan menyampaikan sumbangan kepada Hafiz yang memerlukan:
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Bantu Pesakit Sihat
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<