Terkedu apabila dapat tahu umurnya sudah 21 tahun! Kerana tubuhnya hanya sebesar budak 3 tahun.
MALANG YANG MENIMPA berlaku ketika Hafizzudin berumur 12 tahun dia jatuh tangga akibat ditolak rakan berlari ke kantin.
4 tahun lepas pergelangan tangannya patah kini Hafiz hanya terbaring dan jarang dialihkan kerana pergerakan yang kecil juga mampu membuatkan tulangnya patah.
Lebih menyayat hati apabila melihat sendiri keadaan rumah yang sangat daif, lubang besar pada dinding dan bumbung.
Apa yang pasti keadaan fizikalnya amat membimbangkan lebih-lebih lagi penyakit sarafnya.
Encik Ismail (Bapa) menjaga anaknya sepenuh masa dan TAK MAMPU TANGGUNG KOS RM2000 sebulan bagi membeli lampin pakai buang, susu khas untuk Hafiz.
Hafiz memerlukan rawatan segera kerana NYAWANYA TERANCAM..
Bukan satu penyakit yang dihadapi malah ada beberapa penyakit yang telah didiagnos selepas Hafiz berjumpa dengan doktor.
Sakit Paru-paru
Ada sedikit kecacatan pada buah pinggang
Tulang Rapuh
Disebabkan buah pinggang dah rosak, badan Hafiz tak dapat tapis bahan dengan betul
Masalah Bantut
Lambat Baligh
Tulang patah
Keadaan tulang yang disambung tidak betul/senget
Yayasan Ikhlas melalui Bantu Pesakit Sihat akan menyampaikan bantuan secara bulanan kepada Hafiz.
Besar harapan kami dalam memastikan Hafiz dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat menceriakan sedikit sebanyak hari-harinya.
Selain itu juga, setiap sumbangan yang anda berikan kepada Yayasan Ikhlas menjadi sumber kebaikan yang meluas. Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan, tetapi juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.
Berkat sumbangan anda, pada 16 Julai 2023 kami sempat untuk menyampaikan bantuan bulanan kepada adik Hafiz dan ayahnya di Kuala Terengganu.
Antara bantuan yang dihulurkan ialah bantuan baik pulih rumah, kerusi roda, katil khas untuk pesakit & wang tunai, yang mana jumlahnya bernilai RM 50,000.
Sumbangan anda akan kami terus sampaikan kepada adik Hafiz & ayahnya setiap bulan agar mereka boleh meneruskan hidup dengan selesa.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Bantu Pesakit Sihat
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: Bantu Hafiz